Tentang Joniston Bangkuai
Joniston Bangkuai, atau DJB, merupakan anak jati Kiulu yang diberi amanah sebagai wakil rakyat sejak 2013.
Berasal dari Kampung Malangang Lama, beliau memahami cabaran dan keperluan masyarakat luar bandar kerana beliau sendiri membesar dalam suasana tersebut.
Sepanjang perkhidmatannya, pendekatan DJB sentiasa berpaksikan rakyat - mendengar, turun padang, dan bertindak.
Beliau percaya bahawa kemajuan luar bandar mesti berasaskan kekuatan komuniti, nilai budaya, dan daya tahan generasi muda.
Pelancongan komuniti, pertanian pintar, dan peluang baharu untuk belia merupakan antara bidang yang terus diberi tumpuan demi membina masa depan yang seimbang dan mampan untuk Kiulu.
>> PERANAN SEMASA :
Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah
Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah
Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah Kiulu